Sunday, 3 April 2016


HUJAN TIDAK TURUN? PEMERINTAH ZALIM? PERPECAHAN BERLELUASA? MASA UNTUK MUHASABAH.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ، قَالَ أَقْبَلَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ فَقَالَ
Daripada 'Abdullah bin 'Umar radiallahu 'anhuma: Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam menghadap ke arah kami lalu baginda bersabda:

" يَا مَعْشَرَ الْمُهَاجِرِينَ خَمْسٌ إِذَا ابْتُلِيتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ تُدْرِكُوهُنَّ
Wahai sekalian golongan Muhajirin. Ada lima perkara yang kalian akan diuji dengannya. Aku berlindung dengan Allah agar kalian tidak mengalaminya:
لَمْ تَظْهَرِ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلاَّ فَشَا فِيهِمُ الطَّاعُونُ وَالأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلاَفِهِمُ الَّذِينَ مَضَوْا .
1- Tidaklah berleluasa perbuatan maksiat dalam sesuatu kaum sehingga mereka melakukannya secara terang-terangan kecuali pasti akan merebak dalam kalangan mereka taun dan penyakit yang tidak pernah menimpa kepada orang-orang sebelum mereka.
وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلاَّ أُخِذُوا بِالسِّنِينَ وَشِدَّةِ الْمَؤُنَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ .
2- Tidaklah berlakunya penipuan/pengurangan dalam sukatan dan timbangan melainkan mereka akan ditimpa kebuluran, kesusahan dan pemerintah yang zalim.
وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلاَّ مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنَ السَّمَاءِ وَلَوْلاَ الْبَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوا
3- Tidaklah manusia enggan mengeluarkan zakat daripada harta mereka melainkan akan ditahannya hujan dari langit. Jikalah tidak kerana haiwan-haiwan, nescaya tidak akan diturunkan hujan.
وَلَمْ يَنْقُضُوا عَهْدَ اللَّهِ وَعَهْدَ رَسُولِهِ إِلاَّ سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوا بَعْضَ مَا فِي أَيْدِيهِمْ .
4- Tidaklah manusia melanggar janji kepada Allah dan rasulNya melainkan Allah akan menjadikan musuh mereka menguasai mereka lalu mereka merampas apa yang ada di tangan mereka.
وَمَا لَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ وَيَتَخَيَّرُوا مِمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلاَّ جَعَلَ اللَّهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ " .
5- Tidaklah pemerintah meninggalkan berhukum dengan kitab Allah dan mereka tidak memilih apa yang ada dalam apa yang Allah turunkan melainkan Allah menjadikan pertelingkahan antara mereka.
[Sunan Ibn Majah, Kitab al-Fitan, hadis no: 4019, Shaikh al-Albani menyatakan ia hadis hasan]
Ingatlah!
وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُوا عَنْ كَثِيرٍ [الشورى:30].
Apa sahaja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (daripada kesalahan-kesalahanmu).(Asy-Syuraa: 30)
Apabila kerosakan berlaku, ia turun akan menimpa orang-orang yang beriman.
وَاتَّقُوا فِتْنَةً لا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً [الأنفال:25]
Takutlah kalian kepada seksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim sahaja diantara kalian.(Al-Anfaal: 25)

No comments:

Post a Comment