Friday, 15 April 2016

USAH VIRAL PERKARA YANG TIDAK BERMENFAAT

Menjauhi 'viral' yang tidak bermanfaat

Salah seorang ulama daripada Arab Saudi menyebutkan ;

أخطر ما على الأمة الآن الدعاة الجهال الذين لا يعرفون العلم ويدعون الناس بجهل وضلالة

Perkara yang paling membahayakan bagi umat ini sekarang ialah kewujudan para pendakwah atau penyeru yang jahil yang tidak mengetahui ilmu dan menyeru manusia dengan kejahilan dan kesesatan.

Kewujudan ramai orang yang jahil tetapi terkenal dan viral telah menyebabkan kerosakan menjadi tersebar.

Kata Imam al-Hafiz al-Mizzi rahimahullah (742 Hijrah) ;

ولو سكت من لا يدري لاستراح ، وأراح ، وقل الخطأ ، وكثر الصواب

'Dan kalaulah sekiranya orang yang tidak tahu itu berdiam diri nescaya keadaan akan menjadi rehat dan tenang, serta kesalahan menjadi sedikit dan kebenaran akan menjadi banyak.'

[Tahzib al-Kamal, Al-Mizzi]

Diriwayatkan daripada seorang tabien yag bernama Bilal bin Saad rahimahullah ;

إن المعصية إذا خفيت لم تضر إلا أهلها وإذا أعلنت ولم تغير ضرت العامة

Sesungguhnya maksiat apabila dilakukan secara sembunyi maka tidaklah ia memudharatkan kecuali kepada pelakunya sahaja tetapi apabila ia dilakukan secara terang-terangan dan tidak ditegah maka mudharatnya adalah menimpa kepada semua orang ramai.

[Hilyah al-Auliya wa Thabaqat al-Ashfiya, Abu Nuaym]

Bahaya budaya 'viral' hari ini apabila ianya menyebarkan dosa dan keburukan akhlak kepada ramai orang.

Rasa takut kepada Allah semakin hilang dalam jiwa-jiwa manusia sedangkan kata Imam Ibn Qayyim rahimahullah ;

خشية الله رأس كل خير

Takut kepada Allah adalah pokok bagi segala kebaikan...

No comments:

Post a Comment