PANDUAN SOLAT AL-ISTISQA’
1. Imam menetapkan suatu hari tertentu untuk ditunaikan solat al-Istisqa. Hal ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA yang diriwayat oleh Abu Daud dan ia hadis yang Sahih.
2. Imam hendaklah memberi peringatan kepada orang ramai dan mengarahkan
mereka agar bertaqwa, berhenti dari melakukan kezaliman, segera
bertaubat dari semua maksiat, saling memaafkan sesama manusia,
memperbanyakkan puasa,
bersedekah dan tinggalkan perbalahan. Ini kerana maksiat menjadi sebab berlakunya kemarau, manakala ketaqwaan menjadi sebab turunnya keberkatan.
3. Solat al-Istisqa adalah sama seperti solat Hari Raya berdasarkan hadis daripada:
Ibn ‘Abbas RA dan ia hadis yang Sahih. Inilah pandangan majoriti ulama. Solat Istisqa’ ditunaikan sebanyak 2 rakaat. Bertakbir dalam rakaat pertama sebanyak 7kali dan bertakbir dalam rakaat kedua sebanyak 5 kali.
4. Waktu yang paling afdhal untuk menunaikan solat al-Istisqa ialah waktu yang sama ketika menunaikan solat Hari Raya berdasarkan perkataan ‘Aisyah RA. Namun Solat al-Istisqa’ juga boleh dilakukan pada bila-bila waktu yang dirasakan perlu,
melainkan pada waktu-waktu yang dilarang solat.
5. Solat al-Istisqa ditunaikan di tanah lapang. Inilah yang afdhal berdasarkan perbuatan Nabi SAW yang menunaikannya di tanah lapang sama seperti solat Hari Raya.
Berdasarkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada ‘Aisyah RA. Demikian juga hadis ‘Abdullah bin Zaid al-Maziniy (RA yang berkata:
Maksudnya: “Rasulullah SAW keluar menuju ke tempat solat (di padang), maka baginda memohon hujan dan menebalikkan kain selendang baginda ketika menghadap kiblat. Kemudian baginda menunaikan solat 2 rakaat, baginda menjaharkan bacaan
dalam 2 rakaat tersebut.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
6 Orang ramai keluar menuju ke tempat solat dalam keadaan menzahirkan kehinaandan kerendahan diri beserta penuh dengan kekhusukan. Berdasarkan hadis sahih riwayat Abu Daud.
7. Para wanita dan kanak-kanak juga dibenarkan untuk keluar menuju ke tempat solat al-Istisqa. Demikian juga orang-orang yang berhutang, orang tua, orang-orang soleh dan seumpamanya, kerana perkara ini lebih dapat menjadi sebab diperkenankan doa. Tidak disunatkan membawa keluar binatang-binatang ternak kerana perbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW.
8. Tiada azan dan iqamat untuk mendirikan solat al-Istisqa berdasarkan hadis
Abdullah bin Yazid al-Ansori yang terdapat di dalam Sahih al-Bukhari. Kata Ibn Battal :(Para ulama bersepakat (Ijma’) bahawa tiada azan dan iqamah untuk solat al-Istisqa’.
9. Boleh meminta orang soleh berdoa al-Istisqa berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya daripada Anas bahawa ‘Umar bin al-Khattab dahulunya apabila
berlaku kemarau, beliau akan meminta al-‘Abbas bin ‘Abd al-Muttalib berdoa alIstisqa.‘Umar berkata:
Maksudnya: “Ya Allah kami dahulunya bertawassul9 kepadaMu dengan Nabi Kami SAW, maka Engkau memberi hujan kepada kami. Dan sekarang kami bertawassul kepadaMu dengan Bapa saudara Nabi kami, maka turunkanlah hujan kepada kami.
Kata Anas: Lalu mereka diberikan hujan.”
10. Melakukan khutbah bagi solat al-Istisqa adalah termasuk sunnah. Ia boleh dilakukan sebelum solat ataupun selepas solat berdasarkan hadis daripada ‘Aisyah dan ‘Abdullah bin Zaid RA yang menunjukkan baginda pernah berkhutbah terlebih
dahulu kemudian baru menunaikan solat.Manakala hadis daripada Abu Hurairah RA demikian juga sebahagian hadis daripada ‘Abdullah bin Zaid yang menunjukkan baginda menunaikan solat terlebih dahulu setelah itu berkhutbah.Maka dalam persoalan ini terdapat keluasan. Ibn Uthaimin berkata: “berdasarkan ini, maka khutbah al-Istisqa boleh dilakukan sebelum ataupun selepas solat. Akan tetapi jika khutbah dilakukan sebelum solat, maka tidak perlu lagi berkhutbah selepas solat,jangan dihimpunkan dua perkara ini.
11. Para ulama juga berbeza pandangan tentang khutbah solat al-Istisqa. Apakah dua khutbah seperti khutbah Jumaat ataupun satu sahaja. Ibn Qudamah di dalam alMughniy
menyebut solat al-Istisqa hanya ada satu khutbah. Namun nukilan daripada al-Syafie dan Malik menyatakan solat al-Istisqa ada dua khutbah.Seterusnya Ibn Qudamah berkata:
Maksudnya: (Namun) bagi kami perkataan Ibn ‘Abbas yang berkata: “Tidaklah baginda berkhutbah seperti khutbah kamu hari ini.16” selain itu setiap dari nukilan tentang khutbah al-Istisqa tidak dinukilkan dilakukan dua khutbah. Hal ini kerana tujuannya
ialah berdoa kepada Allah agar diturunkan hujan. Ini menunjukkan khutbah al-Istisqa tidak dipisahkan dengan duduk senyap seketika.
12. Perbanyakkan beristighfar di dalam khutbah dan membaca ayat al-Quran yang mengarahkan perbanyakkan istighfar
13. Bersungguh mengangkat tangan ketika berdoa.
14. Terbalikkan selendang dan mengadap ke arah kiblah ketika doa al-Istisqa adalah sunnah. Disunatkan juga orang ramai mengikut perbuatan imam menterbalikkan selendang. Perbuatan ini dilakukan ketika hendak memulakan doa al-Istisqa.
15. Jika setelah dilakukan al-Istisqa namun hujan masih tidak turun boleh diulangi alIstisqa
kali kedua dan kali ketiga. Hal ini kerana Allah SWT menyukai perbuatan mengulangi doa, dan perbuatan ini lebih menghampiri mustajab.

No comments:
Post a Comment