Motivasi pada yang mahu...
Satu ayat yang memberikan ketenangan
Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat Allah yang dapat memberikan ketenangan dan kekuatan kepada orang yang beriman apabila mereka ditindas atau ditimpa kesusahan.
Diriwayatkan ada seorang alim berkata ;
آية من القرآن هي سَهمٌ في قلبِ الظالم، وبَلسمٌ على قلبِ المظلوم! قيل: وما هي؟
Ada satu ayat di dalam al-Quran, ianya menjadi anak panah bagi hati mereka yang zalim dan menjadi pengubat bagi orang-orang yang dizalimi.
Ditanyakan kepada beliau, ayat apakah itu?
فقال: قوله تعالى: ﴿ وَمَا كَانَ رَبُّكَ نَسِيًّا ﴾ [مريم: 64].
Beliau menjawab ; Firman Allah Ta'ala ; "Dan tidaklah Tuhan-Mu itu lupa." (Maryam : 64)
# Cukuplah firman Allah SWT sebagai pemberi nasihat dan teguran kepada hati-hati yang mahu beriman !
يَوْمَ يَبْعَثُهُمُ اللَّهُ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُهُمْ بِمَا عَمِلُوا ۚ أَحْصَاهُ اللَّهُ وَنَسُوهُ ۚ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ
"Pada hari ketika mereka dibangkitkan oleh Allah semuanya, lalu diberitakanNya kepada mereka akan apa yang telah mereka kerjakan. Allah mengumpulkan (mencatat) amal perbuatan itu, padahal mereka telah melupakannya. Dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu."
(al-Mujaadilah: 6)
No comments:
Post a Comment